Bersama Ibu tersayang


Ibu
Pinjamkan aku ikhlasmu sebentar
agar aku faham apa itu ketulusan
apa itu pengorbanan.
Ibu pinjamkan aku kekuatan seketika
agar aku mengerti apa itu kepayahan
apa itu rintangan.
Tetapi...
Aku tak rela meragut kepercayaanmu
kerana aku tahu apa itu kekecewaan
apa itu kekesalan.
Ibu aku tak mampu merenung kedinginanmu
aku tak kuat menatap air matamu
aku tak tegar melihat kesayuan wajahmu
kerana aku tak sanggup menghadapinya
kerana aku lemah untuk menongkah hidup ini tanpamu.
Ibu...
sungguh aku amat rindu dan menyayangi dirimu
semuanya kerana Allah..(",)

Comments