TABUNG HAJI




Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua, harap-harap semuanya sihat sejahtera.
Alhamdulillah saya sihat-sihat belaka.
Lama betul saya tidak membuang sawang di laman ini.(hehehe)
Oklah, saya nak cerita pasal apa yang saya buat hari.
Pagi tadi pergi Tabung Haji semata-mata nak tahu anggaran dapat menunaikan Haji tahun bila..(teringat saranan Prof Madya Dr. Hj. Ishak Saat)
Ini antara dialog saya dengan Encik pegawai Tabung Haji (saya gelar En. TH).

Saya : Encik, sy nk daftar pergi haji.
En. TH : Boleh.
Saya : Kalau saya daftar sekarang, agak-agak bila saya dapat pergi?
Encik TH : Sekejab ya saya semak.
Saya : Ok.
En. TH: Ini keputusannya(gambar di bawah).
Saya : ohhh...lamanya..(dalam hati, masih bernyawa lagi ke aku pada tahun 2047, dah kawin ke aku, dah ada anak ke, sihat lagi ke dan macam2 la yang bermain di fikiran aku time tu).
En. TH : Jangan risau cik. (macam tahu je En.TH ni perasaan aku). Cik boleh buat rayuan jika duit cik dah mencukupi.
Saya : ohh..ok terima kasih En. Assalamualaikum..(pergi dengan pelbagai rasa dan sibuk memikirkan keadaan aku bila dah umur 58 tahun) hehehe~~

Lepas saja saya keluar dari TH, terus pergi ke Maybank pula.
Dalam perjalanan itu, saya masih lagi terfikir-fikir mengenai semakan tadi.
Biar betul, lamanya baru dapat pergi.
Umur 58 tahun baru saya dapat pergi.
Saya terfikir, macam mana la keadaan saya waktu itu, masih bernyawa ke saya di bumi bertuah ini.
Atau saya masih sihat(mudah-mudahan masih sihat), dah bernikah ke?
Kalau dah berkeluarga mesti ada anak.
Entah-entah dah ada cucu(hihihi-berangan pula aku).
Ehhhh...mengarut pula saya ini.
Namun saya yakin, itu hanyalah jangkaan.
Semuanya ketentuan Allah, saya hanya merancang.
Bak kata rakan saya, “mulai hari ini perlu amalkan solat-solat sunat.
Terutamanya solat sunat Dhuha.
Solat Dhuha banyak fadhilatnya.
InsyaAllah saya akan berusaha ke arah itu.

                                    Ini kenyataan semakan pihak TH


p/s :
-Kena berjimat cermat dan menabung dari sekarang(kalau boleh tak nak pergi umur 58 tahun sebab nak pergi masa muda<nak pergi dengan suami lepas nikah> hajat hati)
-berdoa dari sekarang agar dipermudahkan segala urusan termasuklah urusan berkaitan umrah & haji..
InsyaAllah...


Comments