Malam Manifestasi Seni Islam UPSI 2011

Hari ini, walau pun penat kerana seharian berkampung di PC untuk 4 kuliah saya tetap gagahkan diri untuk menghadirkan diri ke majlis sambutan Maulidur Rasul. Kalau tahun lepas saya dan rakan2 serumah menjadi AJK pelaksana majlis, namun tahun ini saya hanya menjadi penonton semata2. Kerana saya mahu lihat perjalanan penuh malam Manifestasi ini berlangsung. Jika tahun lepas saya hanya dapat melihat sedikit saja persembahan yang ada kerana sibuk menguruskan bahagian makanan. Tetapi tahun ini, saya dapat melihat keseluruhan majlis berjalan dengan lancar.

Jika tahun lepas tetamu yang diundang adalah Rabbani ( walaupun tanpa Arwah Ustaz Asri namun ia tetap bersemangat ), tahun ini pula pihak penganjur menjemput kumpulan nasyid In Team. Alhamdulillah persembahan yang menarik walaupun tinggal bertiga saja. Semangat dan enjoy dengan lagu yang dinyanyikan. Menggamit rindu pada Nabi junjungan iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Turut membuat persembahan adalah kumpulan nasyid UPSI iaitu kumpulan Menhajj. Sepertinya sudah menjadi artis tetap untuk membuat persembahan untuk malam Manifestasi. Bila milihat abang Wan menyanyi dengan gerak bibir lantas kotak fikiran teringat pada arwah Ustaz Asri (untuk pengetahuan Kump Menhajj ini adalah anak didik Rabbani).

Yang paling bestnya, ini adalah kali kedua saya dapat berjumpa dengan In Team. First time jumpa masa form 4 di TERTA. Walaupun zaman kegemilangan nasyid telah berlalu tapi lagu2 nasyid tetap menjadi halwa telinga saya setiap hari. Mendamaikan jiwa.

Untuk keseluruhan majlis saya rasa berpuas hati walaupun tidak berapa meriah seperti tahun sudah. Namun tetap bersyukur kerana masih ramai yang sudi hadir untuk sama2 berada dan menjayakan malam Manifestasi Seni Islam. Harapan saya, semoga majlis seperti ini dapat dikekalkan untuk setiap tahun agar para pelajar dapat menghayati sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Sekian dahulu..(“,)
sempat lagi kami posing bersama..:)


Comments