my ummi dan kak Dilla |
Assalamualaikum...
Yang ini lain punya ceritanya, cerita abangku yang hampir melangkah ke gerbang perkahwinan. Majlis pertunangan yang diadakan pada 19 Februari (merangkap ulang tahun kawan 'Fatin Izzati' yang ke-22) di rumah pihak perumpuan or Kak Dilla.
Wahhh..meriah khabarnya, mak, along, angah, kak nah, kak nor dan kak miah semuanya dengan keluarga masing2. Pak uda dan Pak andak turut hadir sebagai wakil orang tua. Yang lucunya Abg Arif asyik kena tahan jer masa nak balik selepas selesai majlis tu sebab terserempak dengan saudara Abg Arif yang turut hadir di majlis itu. Lastly balik hampir lewat malam.
Ini pula khabar dari mak, katanya setakat ini memenuhi citarasa mak, makin ayu dan cantik bakal menantu mak. Yang paling buat aku nak ketawa bila mak kata “dapat juga mak bawa buah nanas sarawak tu”.hehehe, itulah mak aku. Mak jaga betul2 buah tu sebab nak bawa sebagai hantaran dan tak bagi kita orang petik buah nanas tu.
my sis and niece wif kak Dilla |
So, sekarang tinggal tunggu masa kurang lebih 1 tahun untuk langsung majlis. Semoga Abg Chab n kak Dilla sabar dan kuat menghadapi dugaan semasa berada dalam tempoh pertungan.Amin..(“,)
Comments
Post a Comment