Cerita 20 Februari

HAPPY BIRTHDAY TWIN..:)
Assalamualaikum…
Inilah kami..(cumilkan)hehehe
Hari ini cuma nak cerita pasal tarikh 20 Februari 2011 yang jatuh pada hari Ahad. Mungkin tarikh tak ada keistimewaan pada kamu semua tapi bagi aku dan kawan aku yang bernama faradiana Binti Jaafar(Nana) adalah tarikh yang cukup istimewa kerana pada tarikh inilah kami selamat dilahirkan di dunia yang fana ini. Syukur kepada Allah yang  maha Kuasa kerana memberikan kami nikmat kehidupan ini dan nikmat untuk kami untuk terus bernafas sehingga saat ini. ALHAMDULILLAH..
Semoga dengan nikmat yang telah diberikan ini kami dapat memanfaatkan dengan melaksanakan perintahNYA dengan sebaik mungkin. Aku juga berharap agar ukhwah aku dengan keluarga, sahabat, rakan dan orang yang berada di sekeliling sentiasa baik dan bertambah erat. Ya Allah, jadilah aku seorang hamba yang tidak mempersiakan nikmat yang Kau berikan. Amin..
 SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK KEMBARKU..:)

HAAAA...yang ini pula kisah mengenai kehidupan di UPSI

Pada 20 Feb ini jugalah kelas aku telah menganjurkan Bengkel Kesedaran Halal yang bertempat di Kem Desa Selesa Sg. Samak anjuran pelajar2 kursus Pengguna dan Kepenggunaan kumpulan A dan B. 
Setelah penat lelah aku dan para AJK pelaksana(termasuk Sir Sayuti as a Big Boss) merancang program ini, akhirnya program ini selamat dilaksanakan dengan jayanya. ALHAMDULILLAH....syukur kepada yang Esa. bengkel kami bermula dengan slot pendedahan atau teori oleh Ustaz Khalis(pengawai dari JAKIM) yang bermula jam 9.15 pagi.
VIP- dari kanan Ustaz Khalis, Sir Sayuti dan Bro Amyrul
Selesai slot teori, maka bermulalah praktikal penyembelihan ayam2 yang telah diimport khas dari Hab Halal di Tanjong Malim. Sebanyak 42 ekor ayam yang akan menjadi mangsa korban untuk bengkel ini. Setiap kumpulan diberikan seekor ayam dan salah seorang ahli (mempunyai ciri2 yang berani dan yakin tak kira lelaki or perempuan) akan melaksanakan praktikal tersebut. 
Yang ini pula masa yang paling tidak digemari(mungkin la..hehehe) oleh semua pelajar iaitu proses pembersihan ayam. Tapi tak semua pelajar yang bersikap macam itu. Kemudian ayam2 yang dah selamat disembelih dibawa ke dapur untuk dicelur bagi menanggalkan segala kotoran dan membunuh segala kuman(hehehe). Yang lucunya, budak2 ini celur ayam itu sampai naik masak ayam tu. Macam dah boleh makan. Dah selesai proses itu, maka bermulalah proses menceraibelahkan ayam2 itu semua. Seterusnya, proses pembesihan dan masak memasaka ayam2 tersebut.
Selepas Zohor, para pelajar dihidangkan santapan yang berlaukkan ayam goreng, tomyam campur dan buah limau. Dari pemerhatian aku, sungguh berselera mereka semua menyantap hidangan tersebut. Aktivit diteruskan lagi dengan explorace. Sangat menarik aktiviti tersebut(lihat gambar di bawah). Tukang jaga checkpoint ini pula ada yang kejam dan pembuli. Para peserta ada yang kena duduk dalam air, kena guling2 atas padang, lari dalam air, makan buah yang tergantung dan macam2 lagi. Sementara explorace dijalankan, aku dan kawan bahagian memasak meneruskan aktiviti merojakkan bahan yang ada untuk minum petang. Akhirnya tercipta ayam goreng KLFC dan coeslow serta air anggur. Belah tahanlah resipi yang dibuat oleh pakar2 memasak yang diimport dari Kelantan, Pahang dan Kedah  ini. Sehingga menilat ibu jari. 

Akhirnya bengkel berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan tetamu yang hadir. Para pelajar pun berebut2 untuk mendapatkan ayam goreng KLFC yangt dihidangkan. NAMUN, amat malang bagi kami semua kerana air anggur tersebut telah ditambah bahan pelikat (TEPUNG GANDUM) oleh pensyarah kami (SIR SAYUTI) secara tidak sengaja (MUNGKIN KOT..hehehe). Ini semua berlaku tanpa kami sedari,maka tak dapatlah nak selamatkan air tersebut kerana acara membaling tepung dilaksanakan secara spontan oleh Kak Syikin.

Kesimpulannya, bengkel tersebut banyak sekamemberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada para pelajar dalam bab penyembelihan. Selain itu, merapatkan ukhuwah sesama pelajar, pelajar dan pensyarah serta ukhuwah antara kami( yang ini ada cerita disebaliknya..hehehe). Terima Kasih kpd semua yang terlibat dari awal hingga akhir program..Bengkel ini sangat seronok dan santai.. LIKE 111x. Sekian saja..(",)


Ustaz menerangkan cara penyembelihan

praktikal oleh pelajar

cabut jgn xcabut ya...he3

penuh semangat(Sir Sayuti)

gotong royong

bersama memburaikan ayam

ini dia pengarah program(Samsul Bakhtiar)

sempat lagi aku berposing

kami lagi (Shan, Siti and fiqah)

haaa..ni ayam yang jadi mangsa korban

bergayut pula mereka nie

lariiiiiiiii...

kami yang menjadi mangsa tepung


Comments